Laman Web Rasmi Dhabsinai Enterprise
English | Malay                    Daftar Baru / Daftar Masuk
0

Ketulenan Kapsul DhabSinai

Semua ubat-ubat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia akan diberi nombor pendaftaran yang perlu dipamerkan pada kotak atau bungkusan ubat.

Ubat berdaftar dikategorikan mengikut jenis ubat iaitu kategori A untuk Ubat terkawal (mengandungi racun berjadual) kategori X untuk Ubat am (tanpa racun berjadual) dan kategori T untuk (ubat-ubatan tradisional). Nombor pendaftaran ialah huruf MAL dan diikuti dengan lapan digit nombor serta huruf A, X atau T yang mewakili kategori ubat tersebut sebagaimana Kapsul Dhabsinai MAL13055048TC.

Walaubagaimanapun, nombor pendaftaran ubat-ubatan ini senang ditiru oleh pengeluar ubat counterfeit dengan meletakkan nombor pendaftaran ubat asli ke atas ubat-ubatan counterfeit. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, pada Mei 2005, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan penggunaan pelekat keselamatan hologram Meditag (bernombor siri) yang wajib dilekatkan pada setiap bungkusan ubat yang berdaftar disamping nombor pendaftaran MAL.
 
Dengan pelaksanaan pelekat keselamatan hologram Meditag KKM yang mempunyai nombor bersiri, hanya syarikat pengilang yang mempunyai Lesen GMP dan pengimport yang berlesen dengan KKM dibenarkan untuk membeli pelekat hologram ini dari syarikat pembekal tunggal yang dilantik oleh KKM iaitu Mediharta Sdn Bhd.
 
Pelekat keselamatan hologram Meditag ini mempunyai tiga lapisan ciri keselamatan iaitu lapisan pertama mengandungi gambar kepala harimau secara tiga dimensi, huruf DCA, PBKD dan juga KKM yang dapat dikesan oleh pengguna, manakala lapisan kedua dan ketiga digunakan oleh penguatkuasa farmasi untuk menentukan ketulenan hologram Meditag yang digunakan.
 
Anda boleh mengenalpasti ubat tiruan dengan memeriksa ketulenan hologram Meditag dan kesahihan nombor pendaftaran produk tersebut berpandukan langkah-langkah di bawah :
 
1    Bagaimana saya dapat mengesahkan nombor pendaftaran?
   

Ini dapat dilakukan dengan :

  • melayari laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my
  • tekan ikon ‘Registered Product Search’
  • taip nama produk atau nombor pendaftaran, contoh: MAL 13055048 TC
  • tekan ‘Advanced Search’
Jika proses ini memberikan maklumat, ini bermakna produk berkenaan telah berdaftar. Jika tiada sebarang maklumat, kenyataan “Sorry, no result was found matching”  

 

2   Bagaimana saya dapat mengesahkan ketulenan hologram?
   

Ciri-ciri label hologram adalah:
  • Berbentuk segiempat tepat, saiz 8mm x 16mm
  • Permukaan berikut bertulis 'KKM' ‘PBKD’ dan ‘DCA’, bergambar kepala harimau dan mempunyai nombor serial 10 digit
  • Pergi ke farmasi berdekatan untuk mengesahkan ketulenan hologram dengan alat pengimbas disediakan.
Nombor serial dapat disahkan/dikenalpasti dengan pemegang pendaftaran produk berkenaan iaitu Dhabsinai di talian 013 4560989

 

3   Siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat dan pertanyaan tentang pendaftaran produk?
    Maklumat/pertanyaan tentang produk boleh didapati dengan menghubungi pemegang pendaftaran produk Dhabsinai di talian 013 4560989 atau terus kepada Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan (BPFK) 03-78835400 samb. 5560/5561. 

 

© DHABSINAI Enterprise 2016. Hak Milik Kekal | Polisi Privasi | Terma dan Syarat