Laman Web Rasmi Dhabsinai Enterprise
English | Malay                    Daftar Baru / Daftar Masuk
0

Sejarah & Latar Belakang Dhab Sinai

 

 

 

Produk-produk Dhab Sinai adalah diusahakan oleh Encik Azhar Bin Mohamed Sharpawi. Encik Azhar merupakan seorang pengusaha perubatan tradisional dan telah mempelajari cara-cara membuat produk kesihatan berasaskan dhab iaitu biawak padang pasir yang hidup di Mesir dan dicampur dengan bahan-bahan herba dari Timur Tengah. Sejak dari tahun 2000 beliau telah mula menjual produk berasaskan dhab ini secara kecil-kecilan di kaki lima, pasar malam dan pasar tani.                        

Oleh kerana Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan kesemua produk kesihatan didaftarkan secara sah, maka Encik Azhar telah menubuhkan Syarikat Dhab Sinai Enterprise ini pada 12-03-2011. Bermula dari sini beliau telah berjaya mendaftarkan produk ini dengan Kementerian Kesihatan pada 18-11-2013 dengan bantuan pengilang dan rakan strategik iaitu Syarikat Sabit Banani Sdn Bhd. Beliau juga telah mendapat kelulusan untuk mengiklankan produk ini.

Kesemua bahan-bahan yang digunakan untuk produk dhab sinai  ini adalah diimport dari Mesir Timur Tengah. Ini adalah kerana dhab dari kawasan ini sahaja yang sesuai untuk dijadikan ubat kerana saiznya yang besar. Dhab yang ditangkap pada musim panas akan disembelih dan dijemur untuk mengeringkannya. Dhab yang telah dikeringkan ini akan dihantar ke Malaysia untuk dijadikan ubat dengan mengisarkannya menjadi serbuk dan dicampur dengan bahan-bahan herba yang lain dan dikilangkan di Syarikat Sabit Banani Sdn Bhd.

Buat masa ini, produk ini dijual melalui stokis dan pengedar diseluruh Malaysia termasuk oleh Syarikat Dhab Sinai Enterprise sendiri. Bagi mempopularkan produk ini, Syarikat Dhab Sinai Enterprise sering menyertai ekspo dan acara yang dianjurkan oleh pihak FAMA dan Marditech seperti MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show).    

 

 

© DHABSINAI Enterprise 2016. Hak Milik Kekal | Polisi Privasi | Terma dan Syarat