Laman Web Rasmi Dhabsinai Enterprise
English | Malay                    Daftar Baru / Daftar Masuk
0

Strategi Perniagaan

Bagi yang pertama kali ingin memulakan perniagaan, kami nasihatkan supaya bermulalah secara kecil-kecilan. Pastikan anda atau keluarga anda menggunakan produk Dhab Sinai hal ini kerana adalah sukar untuk anda meyakinkan pembeli jika anda sendiri tidak mengetahui keberkesanan produk Dhab Sinai ini. Jika berkesan, hebahkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara lain. Kemudian apabila semakin ramai yang menggunakan produk-produk ini, belilah dalam jumlah yang lebih besar untuk mendapat harga yang lebih rendah. Jual pada harga runcit untuk dapatkan keuntungan.

Bagi yang memang telah berpengalaman dalam perniagaan, mereka boleh menjual produk Dhab Sinai ini samada secara borong atau secara runcit. Strategi yang paling berkesan adalah "Lebih ramai yang menjual, Lebih banyak produk yang akan terjual". Ini bermakna beli dalam jumlah yang banyak supaya mendapat harga yang murah (keuntungan sehingga 50% dari harga runcit!) dan lantik agen anda sendiri dengan memberikan komisen atau berkongsi keuntungan. Lebih ramai agen anda maka lebih banyak produk yang akan terjual. Agen yang paling mudah adalah ahli keluarga, rakan dan saudara.   

Anda juga boleh menyertai mana-mana acara yang memberi peluang kepada usahawan bumiputera menyewa gerai dengan kadar yang murah. Ini termasuk pasar tani, ekspo seperti MAHA, perhimpunan UMNO dan sebagainya. Semuanya terserah kepada usaha dan inisiatif anda. Cuma yang pasti penjualan produk ini tidak mempunyai apa-apa sekatan atau sempadan eksklusiviti dan menggalakkan persaingan yang sihat.Selain menggunakan kaedah jualan langsung, anda boleh menjual melalui gerai atau kedai (kedai kecil) tetapi mesti mempunyai lokasi yang baik seperti di pasaraya besar atau kedai MARA. Tetapi jika tidak mampu membayar sewa, anda boleh letakkan produk ini secara 'Consignment' di mana-mana gerai atau kedai jamu yang banyak terdapat di seluruh negeri.

Kelebihan produk ini adalah anda akan mendapat pelanggan tetap kerana pembeli akan terus menerus membeli produk ini bagi mendapatkan manfaat yang berterusan. Produk ini mempunyai tarikh luput selama 2 tahun dan apabila di beli dengan jumlah yang banyak akan memberikan keuntungan yang tinggi tidak kira berapa lama masa yang anda ambil untuk menjualnya.

Kami mengucapkan selama maju jaya dalam mencuba perniagaan baru ini! 

Untuk mendaftar menjadi pengedar atau stokis produk Dhabsinai, sila dapatkan borang di sini.

 

 

 

 
© DHABSINAI Enterprise 2016. Hak Milik Kekal | Polisi Privasi | Terma dan Syarat